News & Media

PERLANTIKAN PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BARU MBM RESOURCES BERHAD

08 Feb 2021


CEOMBMR

PERLANTIKAN PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BARU MBM RESOURCES BERHAD

KUALA LUMPUR, 5 Februari 2021 – MBM Resources Berhad (“MBMR”) telah mengumumkan perlantikan En. Muhammad Fateh Teh Abdullah sebagai pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bermula dari 8 Februari 2021.

En. Fateh, berumur 50 tahun, telah menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 1994. Beliau memulakan karier di ‘Federation of Malaysian Manufacturers’ dan kemudian berpindah untuk menyertai beberapa kumpulan otomotif seperti UMW Holdings Berhad, Perodua Sales Sdn Bhd dan Hicom Holdings Berhad.  Pengalaman beliau selama 23 tahun di dalam industri otomotif merangkumi tugasan dan jawatan di bahagian pemasaran, perancangan strategik dan pembangunan perniagaan. Sebelum menyertai MBM Resources, En. Fateh merupakan Ketua Bahagian Pengedaran Otomotif  Hicom Holdings Berhad.

“Saya percaya perlantikan En. Fateh sebagai pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif baru Kumpulan kami menandakan satu permulaan baru dalam perjalanan dan wawasan kami untuk menjadi salah satu kumpulan otomotif yang terkemuka di Malaysia. En. Fateh membawa pengalaman yang luas dalam industri otomotif dan saya yakin bahawa dia akan mengangkat MBMR ke tahap yang lebih tinggi. Beliau juga akan melaksanakan inisiatif-inisiatif utama di bawah Program Transformasi yang kami sedang jalankan sekarang,” kata Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, Pengerusi Kumpulan MBM Resources Berhad.

Dengan perlantikan En. Muhammad Fateh sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif baru Kumpulan MBMR, Pn. Annie Chin akan berhenti menjalankan tugas sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sementara dan menyambung semula jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Kewangan MBMR.

Maklumat Lanjut Mengenai MBMR
MBMR adalah salah satu syarikat otomotif yang terkemuka di Malaysia dan membawa jenama otomotif seperti Perodua, Volvo, Volkswagen, Daihatsu dan Hino dalam portfolionya. MBMR juga menerajui operasi pembuatan komponen otomotif dan pemasangan tayar.




Back to "Latest News"
Subsidiaries & Associates
Daihatsu
HINO
PERODUA
Volvo
Volkswagen
HASB
autoliv
OMI